Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Faktor penting yang diambil kira bagi menentukan isi padu terse- but ialah keupayaan telaga yang terlibat. (KEJ) allowable defect (cacat terizinkan) Cacat pada kepingan kayu gergaji yang diizinkan dalam urus niaga kayu. Kecacatan tidak akan menurunkan gred kayu gergaji berkenaan. Contohnya, dalam Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia, cacat liang je- jarum diizinkan. (HUT) allowed frequency (frekuensi diizinkan) Frekuensi ayunan batang atau tugas yang dijalankan oleh suatu bahagian atur cara tersebut. Ulasan ini hanya bertugas sebagai pendokumenan atur cara dan tidak mem - pengaruhi perjalanan atur cara. (KOM) commercial bole (batang boleh niaga) Panjang batang pokok dari pangkal ke hujung paling kecil yang boleh diusa- hakan dan diniagakan untuk mendapatkan hasil. Sinonim merchantable bole. (HUT) commercial fertilizer (baja dagangan) Baja yang dibuat di

Kembali ke atas