Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah I

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau menjulur dari kantung Rathke dan terdiri daripada pars distalis, pars tuberalis dan pars intermedia. (BIO) adenoid (adenoid) Perihal sesuatu yang menyerupai kelenjar. (UBAT) adenoid facies (roman adenoid) Wajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembe- saran adenoid. (UBAT) adenoidectomy (adenoidektomi) Pembuangan adenoid secara pembedahan. (UBAT) adenoids (adenoids) Hipertrofi

Kembali ke atas