Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1. pukul, pukulan: aku terkenang-kenang akan ~, dan sesah, dan tampar; kena ~ kena pukul; 2. pengetuk, pemukul, tukul besi: ~ tukang besi; berpalu sl dipukul: ~lah tabuh kembali; ombak ~ sendirinya; berpalu-palu ark bertukar-tukar barang (waktu berdagang); berpalu-paluan berpukul-pukulan; berpalukan sl memukulkan: maka kedelapan hulubalang ~ cokmarnya; memalu memukul: ~ gendang raya besar; paluan 1. pukulan dan palu; 2. hasil memalu: ~ gendang; 3. kerugian, pukulan: sorak kanak-kanak itu seolah-olah satu ~ hebat pula; pemalu benda spt rotan, kayu, dll utk me­malu: ~ beduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.lu] | ڤالو

Definisi : 1 benda yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; martil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. 2 pukulan dgn benda-benda keras; ketuk; pukul: kena ~ kena pukul. berpalu-paluan berpukul-pukulan; pukul-memukul. memalu mengenakan palu pd sesuatu yg lain dgn kuat; memukul; menghentam: ~ gendang. palu-memalu saling memalu; pukul-memukul. paluan bunyi dipalu; hasil drpd memalu; pukulan: Haiwan tsb dpt ditakutkan dgn mercun, dgn ~ gendang atau dgn goncangan tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
palu (kata nama)
Bersinonim dengan pemalu, tukul, penukul, tukul besi, pengetuk, pemukul, martil, tokok, penokok, ganden, kambu;,
Kata Terbitan : memalu, paluan,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
buah. (BIO) jar (I) (bebalang) Alat pemukul yang terdiri daripada silinder keluli yang di dalamnya terdapat omboh serta beberapa komponen lain. Pemukulannya dikendalikan secara mekanik atau secara hidraulik bagi mengerakkan palu berat untuk menghen - tam benda atau objek ke dalam lubang telaga atau untuk melonggarkan tetiub atau paip gerudi yang tergantung dan tersepit di dalam lubang. Tindakan peng- hentaman boleh dilakukan jar accelerator (pemecut bebalang) Alat hidraulik yang digunakan bersama-sama dengan bebalang dan dipasang pada rentetan pancing, iaitu di sebelah atas bebalang berkenaan. Alat ini di- gunakan untuk meningkatkan kuasa palu hentaman yang dikendalikan oleh bebalang sehingga membantu tindakan bebalang tersebut. (KEJ) jar unit (unit jar) Alat pengukur jumlah elektrik yang diperlukan untuk mengecas sesebuah pemuat. Alat ini berfungsi dengan melaraskan

Kembali ke atas