Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pen­diriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, mema­sang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkah­winan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, terca­cak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan me­mancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : ; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : potongan kayu dll yg dipacakkan ke tanah utk menandakan sempadan, tempat menambat perahu dll. memancang 1 memasang pancang; memacakkan pancang: ~ tanah kebun. 2 tegak spt pancang: Tiang-tiang bendera ~ di kiri kanan jalan. memancangkan memacakkan pancang ke tanah: ~ tiang turus pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancang
Rujuk :pacak

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pengaturcaraan. (KOM) grand canonical ensemble (ensembel kanonik akbar) Himpunan sistem zarah untuk memperihalkan sistem zarah sebenar yang dibenarkan untuk menukar ganti tenaga dan zarah dengan persekitarannya. (FIZ) graveyard test (ujian pancang) Ujian untuk menentukan ketahanan semula jadi kayu dengan mencacakkan spesimen kayu ke dalam tanah di persekitaran luar. Ujian pancang boleh juga digunakan untuk menentukan prestasi kayu yang telah diawet. (HUT) gravitational red shift (anjakan merah graviti) Anjakan garis spektrum ke arah garis merahnya apabila keupayaan graviti pada pencerap cahaya

Kembali ke atas