Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj per­mainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb per­buatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pan­cing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tuju­an utk mendapat (mengetahui dll) apa yg diha­jati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan se­waktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb peri­hal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg me­narik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diper­oleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk meman­cing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cing] | ڤنچيڠ

Definisi : 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Puisi
 

Duduk di tepi pantai,
     Tengok orang pancing selampai;
Jika tidak bunga di tangkai,
     Banyak kumbang hidup tak sampai.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Umpan habis pancing putus,
     punca terlepas daripada tangan.

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dilakukan bagi melonggarkan atau melepaskan batang paip yang terjepit di dalam lubang gerudi. (KEJ) jar accelerator (pemecut bebalang) Alat hidraulik yang digunakan bersama-sama dengan bebalang dan dipasang pada rentetan pancing, iaitu di sebelah atas bebalang berkenaan. Alat ini di- gunakan untuk meningkatkan kuasa palu hentaman yang dikendalikan oleh bebalang sehingga membantu tindakan bebalang tersebut. (KEJ) jar unit (unit jar) Alat

Kembali ke atas