Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.do.man] | ڤدومن

Definisi : 1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin), kompas; 2. ki sesuatu yg di­jadikan asas (pegangan) utk melakukan se­suatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia; harga ~ harga yg dijadikan dasar harga jualan umum; 3. buku petunjuk (mengan­dungi cara menjalankan atau melakukan sesuatu): kebanyakan pembuat motokar membekalkan buku ~ yg memberi penerangan tentang kereta itu; 4. pimpinan (perkum­pulan dll), pengurus; berpedoman 1. mempunyai pedoman; 2. berpegang (pd), mengarah ke: ~ pd agama; berpedomankan berpedoman (berpegang) pd: orang-orang itu mencari jalannya dgn ~ bintang-bintang di langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.do.man] | ڤدومن

Definisi : 1 perkakas spt jam bentuknya yg menunjukkan arah mata angin; kompas. 2 sesuatu yg digunakan sbg pegangan atau ikutan utk melakukan sesuatu; panduan. berpedomankan menggunakan sesuatu sbg pedoman: Mereka mencari jalan dgn ~ bintang di langit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pedoman (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan kompas, petunjuk,

2. Bersinonim dengan panduan: bimbingan, pimpinan, pegangan, ikutan petunjuk, tunjuk ajar al-Quran, hadis, sunnah, nas, fatwa,

Kata Terbitan : berpedoman, berpedomankan,

Puisi
 

Baik-baik jaga pedoman,
     Kapal belayar puting anak;
Sudah kembang bunga di taman,
     Suka hati kumbang yang banyak.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
158 7/8/08 11:47:55 AM 159 blind flange (bebibir buta) Lihat blank flange. (KEJ) blind search (gelintar buta tuli) Kaedah pencarian data atau maklumat tanpa berpandukan sebarang pedoman. (KOM) Bloch wall (dinding Bloch) Lapisan peralihan antara dominan feromagnet bersebelahan yang ketebalan terhingganya berada dalam lingkungan beberapa ratus pemalar kekisi. (FIZ) block (bongkah/blok) Bongkah yang diperbuat daripada konkrit

Kembali ke atas