Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar, pemohon, pelamar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1. ubat dll utk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dll): carikan ~ utk meng­ubati penyakitnya itu; 2. mantera, jampi utk menawarkan (penyakit dll); 3. (sesuatu) yg menyenangkan hati (yg duka), (sesuatu) yg menghilangkan atau mengu­rangkan perasaan sedih (dukacita dll): ~ rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : ubat utk menawar racun dll; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), dedarum, pisang-pisang, Goniothalamus giganteus; ~ jambi sj tum­buhan (paku), bulu empusi (pusi), Cibotium barometz; ~ lipan sj tumbuhan (pokok renek), pokok lalipan, Pedilanthus tithymaloides; ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), limau-limau, melimau, Gelonium glomerulatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : orang yg menawar sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.na.war] | ڤناور

Definisi : 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Banyaklah banyak gelang di pasir,
     Minyak penawar di dalam cangkir;
Anak siapa berjanji mungkir,
     Anak Islam menjadi kafir.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Teori yang menyatakan suatu bahan diperihalkan sebagai bahan fotopancaran sekiranya bahan tersebut berkemampuan mengeluarkan elektron apabila dike- nakan pancaran sinar elektromagnet. (FIZ) therapeutics (terapeutik) Kajian tentang rawatan penyakit. (UBAT) theriaca (penawar) 1. Antidot terhadap racun. theobroma oil theriaca thermal activation point thermal cross section Kamus Sains.indb 624 7/8/08 11:50:34 AM 625 2. Ubat untuk semua penyakit cutout pemutus terma thermal break pemvakuolan vacuolization pemvariegatan variegation pemvariolaan variolation pemvasocerutan vasoconstriction pemvasodilatan vasodilation pemvasokembang vasodilator pemvirilan virilization penafas respirator penamatan termination penatah bawahan underlayment penatalan menegak vertical scrolling penawar theriaca pencampur jungkit tilting mixer Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Kamus Sains.indb 878 7/8/08 11:52:21 AM 879 Daftar Istilah Sains dan Teknologi Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris

Kembali ke atas