Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
beralkohol. (BIO) acetoclastic bacteria (bakteria asetoklastik) Bakteria yang membentuk metana daripada asid asetik dalam penghadaman anaerob. Oleh sebab kadar pertumbuhan yang ditunjukkannya rendah, maka organisma ini merupakan faktor pengehad dalam penghasilan biogas. (BIO) acetone-butanol fermentation (fermentasi aseton-butanol) Fermentasi gula menggunakan Clostridium acetobutylicum untuk menghasil- kan aseton dan butanol. (BIO) achromatic doublet (dublet tak kroma) Kanta tak kroma yang terdiri bertenaga tinggi dan penerima bunyi dalam tanah. (FIZ) acoustic-gravity wave (gelombang graviti akustik) Gelombang graviti yang frekuensinya berada dalam julat frekuensi gelombang akustik. (FIZ) acoustics (akustik) Kajian saintifik tentang penghasilan, pemancaran, perambatan dan kesan bu- nyi. (FIZ) acoustoelectric amplifier (amplifier akustoelektrik) Amplifier yang memperkuat getaran mekanik secara terus pada frekuensi au- dio dan ultrasonik. Sinonim acoustic amplifier. (FIZ) acoustoelectronics [akustoelektronik

Kembali ke atas