Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) acute arthritis (artritis akut) Artritis yang berlaku secara akut, dan mempunyai ciri seperti sendi yang terasa sakit dan panas, yang kelihatan merah dan bengkak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit gout, reumatisme, gonorea atau trauma. (UBAT) acute gouty arthritis (artritis gout akut) Artritis akut yang terjadi akibat penyakit gout. (UBAT) acute rheumatic fever (demam reumatik akut) Penyakit yang punca utamanya infeksi streptokokus hemolisis yang dicirikan oleh demam, sengal-sengal pada sendi dan sering kali inflamasi jantung, nodul pada

Kembali ke atas