Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik tetapi terdedah kepada serang- an kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bingkai gambar, papan lukisan, alat permainan dan pensel kayu. (HUT) jemerelang (jemerelang) Nama biasa bagi kayu Peltophorum spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah timbarayung dan yellow flame dan di Semenan- jung Malaysia ialah mengalami cacat retak. Ketahanan semula jadinya rendah tetapi mudah diawet. Kayu ramin terkenal sebagai kayu untuk kerja tanggaman yang bermutu tinggi dan juga untuk pe- rabot, panel, papan lukisan, barang permainan, venir dan papan lapis. (HUT) Ramsdenʼs disk (cakera Ramsden) Lihat Ramsdenʼs circle. (FIZ) Ramsdenʼs circle (bulatan Ramsden) Bulatan cahaya yang cukup terang yang dapat dilihat pada sekeping kertas pu- tih

Kembali ke atas