Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (me­nanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak); burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pétak/ 1 bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat: Di ruang perahu itu ada enam ~. 2 bilik kecil: Rumahnya disekat-sekat menjadi tiga ~. 3 bahagian sawah yg bersempadankan batas; piring. berpetak mempunyai sempadan yg bersekat-sekat; berkotak. Tikar yg dibentangkan itu hanya mempunyai corak persegi atau ~ biasa saja. berpetak-petak 1 mempunyai petak yg banyak: Matanya merenung jauh-jauh bagaikan menembusi dinding kamar yg ~ itu. 2 beberapa banyak petak: ~ tanaman padi yg musnah akibat banjir itu. 3 dlm bentuk petak-petak: Tiap-tiap jenis tanaman itu ditanamnya ~ dlm satu kawasan. memetak membentuk petak: Tumpahan air itu ~ mengikut bekas tsb. memetak-metak membahagi menjadi petak yg banyak. memetakkan membuat petak utk menandai sempadan sesuatu: Dia ~ kawasan yg dikatakan miliknya itu. pemetakan perbuatan memetak atau memetakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petak (kata nama)
Bersinonim dengan ruang, bahagian, palka, bilik, kamar, kabin.,

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang di dalam;
Sama susut sama rindu,
     Sama tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau bahagian iris yang mengelilingi anak mata. (UBAT, BIO) areola mamma (areola mama) Kawasan gelap yang mengeliling puting susu buah dada. (UBAT) areolate (areolat) Merujuk kepada permukaan yang terbahagi kepada petak-petak kecil oleh re- takan atau alur. Petak ini kadang-kadang mempunyai ketebalan yang berbeza dengan ketebalan kawasan sekitarnya seperti pada pileus dan stip cendawan. (BIO) areole (areol) Sel radius tertutup

Kembali ke atas