Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak men­dalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ring­kas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (meng­halang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita­-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihat­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tas] | ڤينتس

Definisi : ; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintas (kata kerja)
Bersinonim dengan hambat, kejar, buru;,
Kata Terbitan : sepintas lalu, memintas, memintasi,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
halo- peridol. (FAR, KIM) buzzer (buzzer) Peranti elektromagnet yang angkernya bergetar deras dan mengeluarkan bunyi desing. (FIZ) BV (BV) Singkatan bagi biological value. Lihat biological value. (TEKMA) bypass channel (alur pintas) Alur yang dibina untuk melencongkan aliran banjir dari satu tempat di hulu sungai suatu kawasan yang dilindungi ke suatu tempat di hilirnya. (HID) bypass road (jalan pintas) Laluan yang dijadikan sebagai pilihan untuk mengelak daripada memasuki kawasan bandar atau kawasan halangan. (KEJ) Byram anemometer (anemometer Byram) Anemometer yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin berdasarkan ke- lajuan kipas

Kembali ke atas