Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1. rumah kecil yg didirikan utk semen­tara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menum­pang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat me­numpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tum­pangan, rumah tempat menginap; 2. tumpang­an, penginapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.do/] | ڤوندوق

Definisi : 1 rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja; dangau. 2 rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). 3 rumah yg tidak berapa sempurna dan biasanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pondok (kata nama)
Bersinonim dengan teratak, dangau, gubuk, ran, sudung, sudung-sudung, cungkup, gerogol, sapar, jerumun, telatap, sarudung, pundung, lepau, jambar, rompok, pelampang, sulap.,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
berdasarkan kepada jarak dan bukan berdasarkan pengukuran sudut. (KEJ) chained list search (gelintar senarai berantai) Kaedah pencarian yang menggunakan struktur data berbentuk senarai beran - tai. (KOM) change house (rumah tukar) Pondok aneka atau ruangan kecil yang digunakan oleh para pekerja sebagai tempat menukar pakaian semasa sedang menjalankan tugas di rig. Rumah atau ruangan kecil ini biasanya terdapat di lantai rig atau

Kembali ke atas