[prak.tik] | ڤرکتيک
Definisi : 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[prak.tik] | ڤرکتيک
Definisi : cara melakukan sesuatu teori; perbuatan melakukan teori: Pd teorinya mudah, tetapi ~nya susah. mempraktikkan melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)