Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
berkembang. (BIO) bee chafer (cafer lebah) Kumbang cafer (Trichius fasciatus) herbivor yang bersaiz sederhana, mempu - nyai bulu berwarna kekuning-kuningan pada bahagian kepala dan toraksnya, serta mempunyai elitron berwarna kuning pucat dengan tiga jalur hitam. (BIO) beep (bip) 1. Bunyi satu nada yang dijanakan oleh komputer biasanya sebagai tanda amaran. 2. Suruhan pada beberapa bahasa pengaturcaraan untuk mengarahkan kom- puter mengeluarkan Ujian untuk menentukan kehadiran ion bromida, Br – , dalam larutan akueus. Larutan asid nitrik cair dicampurkan ke dalam larutan yang hendak diuji, di- ikuti larutan akueus argentum nitrat. Pembentukan mendakan kuning pucat yang larut sedikit dalam larutan ammonia menunjukkan kehadiran ion bromi - da. (KIM) bromine test (ujian bromin) Ujian untuk menentukan darjah ketaktelapan sampel petroleum. Semakin ren- dah kadar penyerapan bromin, semakin

Kembali ke atas