Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radang (adjektif)
1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,

2. Dalam konteks ransangan
bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,

Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tertinggal di tepi pileus cendawan setelah pileus cendawan terbuka. (BIO) appendix (apendiks) Unjuran yang terdapat pada sekum dan terletak di sebelah kanan abdomen. Fungsi apendiks manusia belum lagi diketahui, tetapi radang pada apendiks akan menyebabkan apendisitis. Apendiks merupakan tempat tinggal mikro- organisma yang menghasilkan enzim selulase yang dapat mencerna selulosa pada herbivor seperti arnab. (BIO, UBAT) appendix vermiformis (apendiks vermiformis) Divertikulum arthralgia (artralgia) Neuralgia atau rasa sakit pada sendi. Sinonim arthrodynia. (UBAT) arthralgia saturnina (artralgia saturnina) Artralgia akibat keracunan plumbum. (UBAT) arthrectomy (artrektomi) Perihal membuat eksisi pada sendi. (UBAT) arthritis (artritis) Radang pada sendi atau tisu sendi. (BIO, UBAT) arthroaleurium (artroaleurium) Spora daripada jenis aleurium yang dihasilkan secara artrik. (BIO) arteritis arthroaleurium Kamus Sains.indb 109 7/8/08 11:46:33

Kembali ke atas