Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bekas drpd sesuatu yg dicapkan atau yg dituliskan (spt garis berwarna pd kain tenun, huruf yg dicetak dll). 2 sulam atau suji dgn warna yg lain. 3 alur bunyi pd piring hitam atau pd pita rakam. merakam 1 memberi bercap (spt garis berwarna pd kain dll); mengecap; menera. 2 memberi bersulam (bersuji) dgn warna lain; menyulam; menyuji. merakamkan 1 menggambarkan sesuatu pd kain dll; mengecapkan; menerakan. 2 memasukkan sesuatu (bunyi atau suara) pd piring hitam, pd pita rakam dll. rakaman apa-apa yg dirakamkan (spt cetakan dll); hasil merakam. perakaman perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. perakam alat utk merakam atau utk merakamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
di peta yang menghubungkan titik ketebalan bagi unit geologi yang tertentu. 2. Garis yang menunjukkan sama bubungan atau turunan air-tanah dalam suatu tempoh tertentu. (HID) isophotometer (isofotometer) Fotometer jenis rakam langsung secara automatik untuk mengukur ketum- patan optik semua titik di atas transparensi. Nilai ketumpatan ini diambil dalam bentuk surihan dua dimensi ketumpatan sama bagi kawasan yang di- imbas. (FIZ mengandungi kombinasi baru gen yang dihasilkan melalui pindah silang semasa meiosis. (BIO) recombination nodule (bintil rekombinasi) Organel yang mengandungi elektron tumpat yang kelihatan terlekat pada kom- pleks sinaptonema. (BIO) record (rakam) Proses memasukkan data ke dalam peranti ingatan atau pangkalan data. (KOM) record block (blok rekod) Ruang bersaiz tetap dalam peranti simpanan yang diperuntukkan untuk meme - gang rekod. (KOM) record data

Kembali ke atas