Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang dikeluarkan dari kawasan hutan dan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pengiraan ini dibuat semasa hasil dikeluar- kan dari kawasan hutan. (HUT) abstract number (nombor abstrak) Nombor yang disusun secara ringkas seperti 1, 2, 3, 4, 5 … yang digunakan bagi penyata cukai hasil kayu yang dikeluarkan dari kawasan hutan. (HUT) absolute space-time absorbent absorber abstract number Kamus Sains.indb 5 arabik biasanya digunakan dalam pengeluaran minuman dan makanan seperti halwa, jeli, gam kunyah dan aiskrim. Sinonim acacia gum. (TEKMA) arabinose (arabinosa) Formula C 5 H 10 O 5 . Gula pentosa ringkas yang didapati dalam bentuk hablur daripada polisakarida. Contohnya, gam dan hemiselulosa. (HUT) arachnid (araknid) Lihat Arachnida. (BIO) Arachnida (Arachnida) Kelas haiwan dalam filum Arthropoda. Haiwan dalam kelas ini disebut arak

Kembali ke atas