Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : ; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu; merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi; merintangkan meletakkan merintang, me­rintangi sesuatu dgn: polis ~ sekatan-sekatan di jalan; terintang terhalang, terganggu; rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; perintang 1. sesuatu yg digunakan utk me­rintangi; 2. orang yg merintangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat; merintang, merintang-rintang berbuat se­­­­suatu utk menyenangkan hati (meng­hilang­kan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang; ~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran meng­hilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu; perintang, perintang-rintang sesuatu yg di­­lakukan bagi merintang-rintang (hati, fikir­an, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : ; merintang terletak melintang; menggalang. merintangi 1 terletak melintang pd atau di; merentangi: Beting-beting pasir yg ~ sungai itu menghalang pelayaran kapal di situ. 2 menahan supaya tidak dpt bergerak dll; menghalang; menyekat: Di samping kekurangan modal, terdapat beberapa faktor yg ~ kemajuan syarikat itu. merintangkan 1 meletakkan melintang; menggalang dgn: Budak-budak nakal telah ~ kayu di jalan raya. 2 menyusahkan; menyukarkan. rintangan sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. perintang 1 sesuatu yg merintang, merintangi atau yg dirintangkan. 2 orang yg merintangi; penghalang; penyekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintang
Kata Terbitan : merintangi, terintang, rintangan,

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
7/8/08 11:49:49 AM 470 klendusity (klendusiti) Salah satu fenomena terhindar penyakit oleh perumah rentan daripada se- rangan patogen dan biasanya virus yang virulen kerana perumah tersebut rintang terhadap vektornya. Contohnya, vektor tersebut gagal menembusi pertahanan perumah. (BIO) Klenow fragment (serpihan Klenow) Serpihan besar DNA polimerase I Escherichia coli yang diperoleh melalui penghadaman dengan subtilisin yang mempunyai aktiviti serupa mungkin juga berlaku pada bahagian kaki. (UBAT) voltage divider (pembahagi voltan) Susunan komponen atau peranti yang boleh membahagikan voltan bekalan bagi mendapatkan sesuatu nilai voltan yang dikehendaki. Contohnya, pe- rintang boleh laras boleh dijadikan pembahagi voltan jika dipasang selari de- ngan bekalan. (KEJ) voltage drop (susut voltan) 1. Voltan yang wujud melintasi suatu komponen atau pengkonduksi oleh alir- an arus

Kembali ke atas