Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.sot] | روسوت

Definisi : ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) me­rosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.sot] | روسوت

Definisi : ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
vaskular) Tempat tisu penghubung menggabungkan antara 16 hingga 20 duktus eferens daripada rete testis di kutub kranium testis. Gabungan ini membentuk duktus epididimis. (BIO) vascular streak die-back (VSD) [mati rosot jalur vaskular (VSD)] Penyakit koko yang disebabkan oleh kulat Basidiomycotina onchobasidium theobromae. Gejala utamanya ialah jalur perang yang merupakan berkas vaskular pada cabang yang terjangkit. Jalur ini berkembang terus sehingga dua jasad two-body problem maskulinus uterus uterus masculinus mata air memancut gushing spring mata air vauklus vauclusian spring mata pisau knife matau kayu timber yard mati pucuk impotence mati rosot jalur vaskular (VSD) vascular streak die-back (VSD) matriks sifar zero matrix maya virtual meatus urinari urinary meatus medan penglihatan visual field meiosis zigot zygotic meiosis mekanik beranalisis analytical mechanics

Kembali ke atas