Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput; ~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat; rumput-rumputan, rerumputan ber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah; merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana mem­bersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di; perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.put] | رومڤوت

Definisi : 1 jenis tumbuh-tumbuhan yg rupanya spt lalang kecil: ~ benggala; ~ gerinting. 2 tumbuh-tumbuhan yg kecil: ~-rampai bermacam-macam jenis rumput. merumput 1 memotong rumput; menyabit rumput. 2 sedang memakan rumput (bkn lembu dll). 3 mencabut atau membuang rumput. perumputan kawasan yg ditumbuhi rumput; padang rumput. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Jikalau kasihkan padi,
     buanglah rumput.

Bermaksud :

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
11:45:55 AM 34 albedometer (albedometer) Alat untuk mengukur daya pantul atau albedo sesuatu permukaan. Alat ini di- gunakan untuk mengetahui albedo awan atau pelbagai jenis permukaan seperti pada rumput dan salji. (HID) albidin (albidin) Pigmen merah yang dihasilkan oleh Penicillium albidum yang dapat meren- catkan pertumbuhan kulat lain dan sebahagian bakteria. (BIO) albinism (albinisme) Keadaan seluruh atau sebahagian daripada yang sama dan bertindak pada sesetengah tempat. (BIO) biennial (bienial) Berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun. Episod pembiakan utama berlaku pada tahun kedua. Contohnya, rumput jarum (Burmannia disticha). (BIO) bifidus (dwifidus) Perihal sesuatu yang terekah menjadi dua bahagian atau cabang. (UBAT) bifurcation (cabangan) Pemecahan sebuah sungai menjadi dua cabang. Lihat juga fork. (HID) bifurcation analysis

Kembali ke atas