Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.tuh] | رونتوه

Definisi : 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, ha­rap­­an, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat me­numpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan men­jatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menye­babkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, me­rosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: se­karang dia akan jadi ~ pula, akan me­runtuhkan kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.tuh] | رونتوه

Definisi : 1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan dll): Banyak rumah yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat, tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2 menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda atau sesuatu yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. keruntuhan 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. peruntuh yg meruntuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,

Puisi
 

Hijau kuning bunga kenanga,
     Dipatah dahan bagai nak runtuh;
Putih kuning bijaklaksana,
     Itu memberi imanku jatuh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
mutan yang memerlukan bahan nutrien tertentu untuk pertumbuhan nor - mal. (BIO) autonomous controlling element auxotroph Kamus Sains.indb 122 7/8/08 11:46:47 AM 123 avalanche breakdown (urai runtuh) Penguraian tak memusnah yang berlaku dalam diod semikonduktor apabila medan elektrik yang agak kuat merentasi rantau sawar sehingga pembawa arus berlanggar dengan elektron valens dan menghasilkan pengionan dan penggan- daan kumulatif pembawa. (FIZ) avalanche diode (diod runtuh) Diod yang penurunan voltannya sentiasa malar dan bebas daripada arus akibat runtuhan serta-merta berlaku merentangi seluruh simpang pn diod itu. (FIZ) avalanche photodiode (fotodiod runtuh) Fotodiod yang beroperasi dalam

Kembali ke atas