Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tetanduk) Penyakit pada pokok kelapa yang disebabkan protozoa berflagelum (Phytomo- nas). Gejala utamanya ialah busuk pada infloresens sehingga tidak membuka dan daunnya kering serta patah sehingga nampak seperti sekumpulan tanduk rusa. Buah muda pada pohon yang terserang gugur pada peringkat yang masih muda. (BIO) Hartʼs ball (bebola Hart) Trufel Elaphomyces yang berbentuk agak bulat. Sinonim Hartʼs truffle. (BIO) Hartʼs truffle (trufel Hart

Kembali ke atas