Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lur] | سالور

Definisi : sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerja­sama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lur] | سالور

Definisi : , = saluran 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. ~ angin salur tempat angin (udara) lalu ke paru-paru. ~ darah pembuluh yg mengalirkan darah di dlm badan. ~ limfa ist salur (spt salur darah) berdinding nipis dan mempunyai banyak injap, yg berfungsi membawa limfa ke dlm sistem peredaran darah tubuh badan. ~ makanan pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. ~ nadi pembuluh yg mengalirkan darah dr jantung ke bahagian lain dlm badan. menyalurkan 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. sa­luran 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu ran­cangan. penyaluran perbuatan atau hal menyalurkan: ~ maklumat. sesalur sesuatu yg menyerupai salur atau yg berfungsi sbg salur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) albumen (albumen) Larutan protein yang terdapat di antara kuning telur dengan kulit telur, dalam telur burung dan reptilia. Albumen juga dikenali sebagai putih telur dan di- rembeskan oleh kelenjar salur ovum. Albumen merupakan sumber makanan berprotein yang diserap oleh embrio sewaktu pembesaran. (BIO) albuminuria (albuminuria) Kehadiran sejumlah protein serum terutama albumin serum atau globulin se- rum dalam urin yang menandakan supaya kedua-dua isyarat itu sa- ling menghapus apabila bersuperposisi. (FIZ) antispasmodic (antispasmodik) Agen yang dapat menghilangkan atau melegakan kekejangan otot, biasanya otot polos seperti otot-otot di usus dan salur hempedu. (UBAT) antispastic (antispastik) Agen yang dapat menghilangkan atau melegakan spasme otot voluntari. (UBAT) antisporulant (antispora) Bahan kimia termasuk fungisid yang boleh merencatkan pembentukan dan perlepasan spora, tetapi tidak berkesan

Kembali ke atas