Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tai] | سنتاي

Definisi : dlm keadaan rehat dan bebas, bebas drpd tekanan (desakan, ketegangan): sesuai benar utk tempat berbincang tentang perkara-perkara yg rumit secara ~ tetapi mendalam; bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga; menyantaikan menyebabkan atau me­nimbul­-kan rasa santai: pemandangan di situ amat ~; kesantaian keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas drpd tekanan: setiap kali anak mahu berbual mesra dgn mereka, ini dianggap sbg gangguan terhadap ~ diri mereka itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tai] | سنتاي

Definisi : dgn seenaknya; tidak dgn ber­susah-susah. bersantai berbuat sesuatu dgn seenaknya; bersenang-senang. me­­­nyan­taikan menimbulkan rasa santai: Suasana di situ damai dan amat ~. ke­santaian keadaan atau rasa santai. pesantai orang yg bersantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
santai (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, rehat, lapang, senggang, lega, terluang;,
Kata Terbitan : bersantai, bersantai-santai, kesantaian,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pertumbuhan mikroorganisma. Pada peringkat ini, tena- ga yang disimpan dalam sel akan habis dan kematian sel berlaku pada kadar eksponen bergantung pada persekitaran. (BIO) Deborah number (nombor Deborah) Nisbah masa santai terhadap sifat masa pengaliran. (KEJ) debranching enzyme (enzim penyahcabang) Enzim yang memangkinkan hidrolisis sesuatu ikatan dalam polimer pada titik cabang, seperti enzim endoglukosidase yang memangkinkan hidrolisis ikatan- 1,6 glikosida apotrakea yang hadir tersendiri atau sebagai lapisan berterusan yang berbeza-beza lebarnya. Parenkima ini terbentuk pada akhir musim per- tumbuhan bagi pokok yang pertumbuhannya bermusim. (HUT) terminal relaxation time (masa santai tamatan) 1. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan aliran yang mantap di bawah tegasan malar. 2. Masa pemulihan setelah tegasan dibebaskan. (KEJ) terminal speed (kelajuan terminal) Kelajuan tetap yang tercapai oleh

Kembali ke atas