Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Terdapat acentric Acetobacter Kamus Sains.indb 8 7/8/08 11:45:14 AM 9 juga spesies yang digunakan untuk membuat cuka. Bakteria ini antaranya ter- dapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan minuman beralkohol. (BIO) acetoclastic bacteria (bakteria asetoklastik) Bakteria yang membentuk metana daripada asid asetik dalam penghadaman anaerob. Oleh sebab kadar pertumbuhan yang ditunjukkannya rendah, maka organisma ini merupakan dicampurkan ke dalam jumlah kos perusahaan tersebut, tetapi tidak dicampurkan kerana nilainya tidak dapat di - tentukan secara kuantitatif. (BIO) cottony rot (busuk kekapas) Penyakit busuk pada buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran, terutamanya pada tanaman keluarga limau yang disimpan dalam suhu dan kelembapan yang tinggi. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Sclerotinia. Gejala utamanya ialah busuk dan bahagian tumbuh-tumbuhan yang diserang

Kembali ke atas