Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(123)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
logic unit (unit aritmetik logik) Komponen asas dalam unit pemprosesan pusat yang berfungsi mengerjakan pengendalian aritmetik dan logik. Singkatan ALU. (KOM) arithmomania (aritmomania) Keadaan apabila seseorang mengalami desakan diri untuk selalu mengira dan kerisauan mengenai nombor. (UBAT) armature (armatur) 1. Bahagian gegelung dalam motor elektrik atau penjana yang boleh berputar. argus armature Kamus Sains.indb 105 7/8/08 11:46 keadaan dan masa dinilai. (KEJ) preservative (bahan awet) Bahan yang digunakan untuk mencegah berlakunya proses penapaian terhadap kanji atau bahan lain akibat tindakan bakteria. Dalam penggerudian telaga, antara bahan yang selalu digunakan adalah paraformaldehid. (KEJ) pressed brick (bata termampat) Bata yang dihasilkan melalui proses pemampatan dan lebih padat daripada bata bakar. (KEJ) pressure anomaly (anomali tekanan) 1. Perbezaan antara nilai tekanan

Kembali ke atas