Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
apo- tesium bak mangkuk. Cendawan ini biasanya bersaiz antara 0.5 cm hingga 2.0 cm dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Contohnya, Peziza dan Cockeina. (BIO) urative dose (dos sembuh) Dos pestisid terendah yang masih boleh menyembuhkan penyakit. Jika me- lebihi dos tersebut, penyembuhan penyakit semakin berkesan tetapi mungkin boleh meracuni tumbuh-tumbuhan perumah. (BIO) curative fungicide (fungisid penyembuh) Fungisid tidak diingini daripada sampel asal (X o ). Pemulihan yang terbaik ialah pada Q = 1. (KIM) recrudescence (rekrudesens/bentan) Kemunculan semula sesuatu penyakit setelah beberapa hari atau minggu pesakit tersebut kelihatan sembuh. Dalam bidang parasitologi, rekrudesens merujuk kepada kemunculan gejala malaria falsiparum. (UBAT) rectilinear translation (alihan melurus) Gerakan yang berlaku apabila setiap titik pada jasad bergerak pada garis-garis lurus yang selari

Kembali ke atas