Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.rai] | سناراي

Definisi : catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.rai] | سناراي

Definisi : beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. pe­nyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Combined Feed Ratio. Lihat Combined Feed Ratio. (KEJ) chain survey (ukur rantai) Kaedah ukur yang pengukurannya dibuat berdasarkan kepada jarak dan bukan berdasarkan pengukuran sudut. (KEJ) chained list search (gelintar senarai berantai) Kaedah pencarian yang menggunakan struktur data berbentuk senarai beran - tai. (KOM) change house (rumah tukar) Pondok aneka atau ruangan kecil yang digunakan oleh para pekerja sebagai tempat menukar pakaian semasa sedang menjalankan tugas di rig. Rumah atau ruangan

Kembali ke atas