Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = ~ tulang = tulang ~ = persendian tempat ruas tulang (bahagian anggota) berhubung, perhubungan tulang-tulang: takut dan dahsyatlah ia, menggeletar segala ~ anggotanya; 2. = persendian tempat ber-sambungnya dua benda (spt pintu dll), sam-bungan yg boleh dilipat-lipatkan, engsel; 3. simpai (bingkai, ikatan, dll) pd sesuatu, salut; ~ bahu tempat berhubungnya tulang pangkal lengan dgn tulang belikat; ~ engsel sendi yg bertindak spt engsel, yg hanya membolehkan pergerakan pd satu satah, mis sendi siku; ~ kata kata yg menghubungkan dua kata atau ayat, kata penghubung; ~ lesung sendi yg terbentuk di antara hujung tulang yg ber-bentuk separuh bulat dgn hujung tulang yg berbentuk lesung, yg membolehkan anggota digerakkan dgn bebas, mis sendi bahu dan sendi pinggul; ~ lutut sendi yg menghubungkan tulang betis dgn tulang paha; bersendi, bersendi-sendi 1. ada sendinya, berhubungan antara satu dgn yg lain dgn sendi: periksa kepala lipas dgn kanta tangan dan perhatikan sesungutnya yg panjang dan ~; 2. bersalut dgn, bersimpai dgn, berbingkai dgn: ... suatu perasapan emas, ~ suasa, berselang dgn permata; bagai tanduk ~ gading prb hal keadaan yg tidak sepadan; menyendi 1. memberikan bersendi; 2. = menyendi-nyendi memotong (mengerat) kaki-kaki binatang yg disembelih; 3. menyalut: pakaiannya drpd baldu dan drpd timah, disendi dgn perak, rupanya spt sisik naga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan men­dasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = ~ tulang, = persendian bahagian tempat ruas-ruas tulang berhubung antara satu dgn yg lain: Segenap ~nya terasa sakit-sakit. 2 = persendian bahagian tempat ber­sambungnya dua benda; sambungan pd sesuatu yg dpt dilipat-lipat; engsel. ~ lesung sendi yg bahagian hujungnya bulat dan terletak dlm rongga utk memungkinkan anggota digerakkan dgn bebas (spt pd sendi paha atau sendi tangan). ~ paha sendi pd paha. ~ tangan sendi pd tangan. bersendi berhubung antara satu dgn yg lain dgn sendi; ada sendinya. bersendi-sendi banyak sendinya: Sesungutnya panjang dan ~. menyendi 1 memberi ber­­sen­di. 2 mengerat sendi-sendi binatang yg disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.di] | سندي

Definisi : 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung ke­banyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
seperti duri pokok ros. (BIO) acuminate (akuminat) Perihal sesuatu yang mencuar panjang dan lancip seperti duri. (BIO) acute arthritis (artritis akut) Artritis yang berlaku secara akut, dan mempunyai ciri seperti sendi yang terasa sakit dan panas, yang kelihatan merah dan bengkak. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penyakit gout, reumatisme, gonorea atau trauma. (UBAT) acute gouty arthritis (artritis gout akut) Artritis akut yang terjadi akibat penyakit gout. (UBAT) acute rheumatic fever (demam reumatik akut) Penyakit yang punca utamanya infeksi streptokokus hemolisis yang dicirikan oleh demam, sengal-sengal pada sendi dan sering kali inflamasi jantung, nodul pada kulit dan ruam. (UBAT) acyl enzyme (enzim asil) Kompleks perantara yang terdiri daripada NAD + dan bentuk asil gliseralde- hid-3-fosfat yang terikat

Kembali ke atas