Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ngat] | سڠت

Definisi : sj alat yg tajam lagi berbisa yg terdapat pd beberapa jenis serangga dan binatang-binatang lain (labah-labah, lipan, kala, ikan keli, dsb), antup; spt lebah, mulut membawa madu, pantat membawa ~ prb perempuan yg elok parasnya dan manis tutur bahasanya tetapi buruk dan jahat kelakuannya; bersengat 1. ada sengatnya; 2. ki disegani (ditakuti dll) orang; menyengat 1. menikam dgn sengat (lipan dll), mengetip dgn sengat: seekor kala jeng-king tanah ~ tapak tanganku; 2. ki tajam (bkn kata-kata, sindiran, dsb), berbisa: kata-katanya ~; sengatan hasil (akibat) drpd perbuatan menyengat: tekanan darah mangsa ~ menurun secara mendadak; penyengat sj serangga yg bersengat; jenis-jenis: Ropalidia spp., Vespa auraria, Provespa anomala dll; memelihara ~ dlm baju prb menaruh musuh dlm rumah tangga sendiri akhirnya tentu akan mendapat kecelakaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ngat] | سڠت

Definisi : alat yg tajam lagi berbisa yg biasa terdapat pd binatang-binatang kecil (spt lebah, lipan, kala). menyengat mengenakan sengat pd; menusuk dgn sengat: Sarang tebuan itu pun pecah dan berkerumunlah tebuan ~ harimau. penyengat berbagai-bagai serangga yg bersengat terutamanya jenis lebah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengat (kata nama)
Bersinonim dengan antup, tandik, sundak;,
Kata Terbitan : bersengat, menyengat, penyengat,

Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
activity diagram acuity Kamus Sains.indb 16 7/8/08 11:45:21 AM 17 aculeate (akuleat) Kumpulan serangga Hymenoptera yang terdiri daripada lebah dan tebuan. (BIO) aculeus (akuleus) 1. Sengat. 2. Spikul kecil bak jarum pada sayap serangga Lepidoptera. 3. Duri yang tumbuh pada kulit kayu, seperti duri pokok ros. (BIO) acuminate (akuminat) Perihal sesuatu yang mencuar panjang dan lancip arah rangsangan seperti cahaya. Contohnya, Euglena yang bergerak ke arah cahaya. (BIO) telson (telson) 1. Segmen abdomen terminal tak berpasangan pada krustasea dan udang ketak (Limulus). 2. Spina kauda atau sengat yang bengkok pada kala jengking. 3. Segmen ke-12 pada abdomen Protura dan embrio sesetengah serangga. (BIO) telur buaya (telur buaya) Nama biasa bagi kayu Homalium spp. daripada famili Flacourtiaceae

Kembali ke atas