Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1. sejauh, mengikut panjang: matanya menyelusur ke ~ tembok itu; ia pun menyuruh membuat kubu ~ sungai itu; 2. segenap waktu, selama, seluruh: ~ perjalanan itu mereka terus berbual-bual; ia memandang muka kawannya yg ~ masa tunduk sahaja; ~ tahun selama setahun penuh; 3. mengikut, pada: ~ pengetahuan saya, penyakit ini tiada namanya dlm bahasa Melayu; ~ yg ketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pan.jang] | سڤنجڠ

Definisi : 1 tempat mengikut panjang sesuatu benda; sejauh: Raja Haji memerintah rakyatnya membuat kubu di ~ pantai. 2 dr awal hingga ke akhir; tidak terputus masanya; segenap: Sesiapa yg berbuat jasa, mulia namanya ~ masa. 3 menurut apa-apa yg ada pd; berdasar pd: ~ pengetahuanku, mereka tidak pernah datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,

Puisi
 

Memburu rusa di tepi bukit,
     Rusa diburu sepanjang hari;
Malu bukan satu penyakit,
     Ubatnya tentu payah nak cari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     sekenyang-kenyang banteng.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
factor (faktor pertumbuhan tahunan) Faktor persekitaran seperti iklim dan kesuburan tanah yang mempengaruhi pertumbuhan pokok. (HUT) annulus mobilis (anulus mobilis) Anulus daripada sisa selaput kelubung marginal yang dapat digerakkan di sepanjang stip. (BIO) annunciator (anunsiator) Peranti yang dapat menunjukkan arus mengalir atau tidak dalam sesuatu litar. Peranti ini dikendalikan secara elektromagnet dan biasanya dipasang pada sistem panggilan elektrik atau pneumatik. (KEJ sebahagian besar troposfera. (HID, METEO) anticyclonic shear (ricihan antisiklon) Ricihan angin mendatar yang dapat menyumbangkan kepada kevortisan yang berantisiklon aliran. Keadaan ini biasanya menghasilkan putaran antisiklon bagi zarah udara individu sepanjang garisan aliran. Di hemisfera utara, ricihan antisiklon akan wujud sekiranya kelajuan angin berkurangan dari kiri ke kanan merintangi arah aliran. Keadaan yang sebaliknya terdapat di hemisfera selatan. (HID) antidiuretic (antidiuretik

Kembali ke atas