Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
capaian rawak yang bercas penuh dan dengan itu berada dalam keadaan logik 1. (KOM) full frame (bingkai penuh) Keadaan paparan yang menunjukkan keseluruhan grafik dalam ruang paparan setelah diskalakan dengan sewajarnya. (KOM) full load voltage (voltan beban penuh) Voltan pangkalan bateri atau bekalan apabila membekalkan arus beban penuh kepada sesuatu beban. (KEJ) full-gauge bit (bit tolok penuh) Bit yang masih

Kembali ke atas