Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si] | سي

Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sis­tem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata si

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Si lalar si lalai.

Bermaksud :

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

 

Lihat selanjutnya...(60)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Gen daripada kumpulan poligon yang memberi kesan fenotip kumulatif ber- dasarkan jumlah campuran kesan negatif dan positif setiap gen. Contohnya, bagi warna bijirin gandum, setiap gen dominan memberi nilai kumulatif. Si- nonim additive factor. (BIO) additive genetic variance (varians genetik tambah) Varians genetik hasil kesan purata penggantian satu alel pada sesuatu lokus atau lokus berganda trait poligenik. (BIO) address (alamat) Kod Gambar rajah aerologi dengan koordinatnya terdiri daripada absisa In dan ordinat In ( = suhu, = tekanan). (UBAT, METEO) aerological diagram (gambar rajah aerologi) Gambar rajah termodinamik yang digunakan untuk analisis aerologi dan si- noptik. Garis rujukan yang digunakan untuk memplot hasil pendugaan ialah aerial root aerological diagram Kamus Sains.indb 26 7/8/08 11:45:54 AM 27 garis isobar, isoterm, adiabatik

Kembali ke atas