Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sia] | سيا٢

Definisi : 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sia] | سيا٢

Definisi : tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
flowchart (carta alir automatik) Carta alir yang dilukis secara automatik oleh komputer daripada kod mirip yang diberikan. (KOM) automatic (automatik) Berkaitan dengan peranti yang terkendali secara sendiri tanpa bantuan manu- sia. Peranti automatik bekerja dengan sendiri apabila berlaku sesuatu perubah- an keadaan daripada keadaan biasa seperti pertambahan arus dengan menge - jut, arus bocor ke bumi atau kenaikan suhu. Contoh peranti automatik saluran yang hampir sama dan berlaku satu demi satu pada sela per beberapa ratus saat. (METEO) club leaf (daun belantan) Penyakit daun yang disebabkan oleh sejenis bakteria, mikoplasma atau riket- sia. Gejala utamanya ialah pertumbuhan yang tak sempurna dan tak seragam akibat gangguan pada floem hingga daun nampak seperti belantan. Contohnya, penyakit daun klover yang disebabkan oleh riketsia yang ditularkan oleh

Kembali ke atas