Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.hat] | صيحت

Definisi : 1. tidak kena (menghidap) sebarang pe­nyakit, tidak sakit-sakit, afiat, segar: anak­-anaknya ~-~ sahaja; 2. sembuh drpd sakit, pulih, betah: aku ingin menolong engkau sampai anak engkau ~ spt sediakala; 3. ki dlm keadaan yg baik (elok, biasa, dll), berjalan dgn lancar (rancangan dll), masuk akal (pen­dapat dll), dapat diterima: walaupun kami miskin tetapi rakyat kami ~ fikirannya; 4. berjalan (dilakukan dsb) dgn baik, tidak menimbulkan keburukan (persengketaan dsb): mereka haruslah mengendalikan proses pembelian dgn berkesan agar wujud per­tandingan yg ~ dlm pasaran; menyihatkan 1. menjadikan sihat: makan­an itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita­-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; penyihatan perihal menyihatkan; kesihatan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.hat] | صيحت

Definisi : 1 tidak menghidap sebarang pe­nyakit; tidak sakit-sakit; segar: Anak-anaknya ~ belaka. 2 sembuh drpd sakit: Tak usahlah engkau bekerja kuat, engkau belum ~ lagi. menyihatkan menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu ber­senam. kesihatan keadaan atau peri­hal sihat; kesegaran: Kita hendaklah sentiasa menjaga ~ kita. penyihatan perbuatan atau perihal menyihatkan: Vitamin membantu ~ badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
56 AM 163 tan ditanam dalam kawasan yang luas pada masa yang lama, maka populasi patogen akan meningkat dengan cepat hingga boleh menimbulkan epidemi. Hal ini menyebabkan jumlah tumbuh-tumbuhan sihat berkurang dan musuh alam bagi patogen tersebut juga meningkat sehingga menyebabkan populasi patogen menurun. Sebaliknya apabila berlaku epidemi, suatu varieti baru yang tahan terhadap ras patogen tersebut akan ditanam secara disebut Sterneedle. Kemunculan beberapa papul yang saiznya lebih daripada 5 mm sekitar tusukan tersebut dalam tempoh 3 hingga 7 hari selepas tusukan menunjukkan wujudnya penyakit ini. (UBAT) health defect (cacat sihat) Sebarang ketidaksempurnaan balak yang tidak mengurangkan isi padu, nilai atau penggunaannya di pasaran. (HUT) heap sort (isihan timbunan) Lihat tree sort. (KOM) heart rot (busuk teras) Penyakit pada buah atau

Kembali ke atas