Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lih] | سيليه

Definisi : = ~ ganti = ~ sambut saling berganti; ~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg kemudian­nya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih berturut-turut, ganti-berganti; bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti­-ganti; menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~ rugi mengganti­kan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi; 3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll); silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi perang, pampasan perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lih] | سيليه

Definisi : ; salah-~; ®salah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lih] | سيليه

Definisi : , = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silih
Kata Terbitan : bersilih, menyilih,

Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
22°C (20°F hingga 40°F) dalam jangka masa lebih kurang 15 minit. Suhu di kawasan ini akan berubah secara mendadak kerana dipengaruhi kelompok udara panas dan sejuk yang silih berganti. (METEO) chip (cip) Peranti elektronik yang memegang litar halus bagi satu atau pelbagai fungsi yang diseratkan ke dalam wafer nipis separuh pengalir dan dibungkus dalam bungkusan penyambungan. Cip ini setempat pada satu folikel rambut, biasanya oleh stafilokokus. Sinonim boil. (UBAT) furunculosis (furunkulosis) Kewujudan beberapa banyak bisul, sama ada serentak atau berturut-turut dalam tempoh beberapa minggu atau bulan, secara silih berganti. (UBAT) fusariosis (fusariosis) Penyakit pada haiwan, manusia, atau tumbuh-tumbuhan yang disebabkan oleh Fusarium. (BIO) fuse element (unsur fius) Dawai yang disambungkan di antara dua sentuhan pautan fius. Dawai

Kembali ke atas