Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si/] | سيسيق

Definisi : 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmo­dium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : lapisan kulit yg berkeping-keping spt yg terdapat pd ikan dll. menyisik 1 membuang sisik ikan. 2 meraut buluh dll supaya licin. 3 melihat tuah ayam pd sisik kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisik

Puisi
 

Orang menyabung di balik buluh,
     Ayam jalak sisik berduri;
Intan di gedung emas sepuluh,
     Jatuh terpijak habis sekali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Minta sisik pada limbat.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tapak pengenalan bagi enzim pembatasan Alu. (BIO) alula (alula) 1. Lobus kecil membran yang dipisahkan dari pinggir posterior pada pangkal sayap sesetengah famili serangga. Sinonim alulet, posterior lobe. 2. Pasangan sisik membran di atas halter pada serangga Diptera. (BIO) alulet (alulet) Lihat alula. (BIO) alumina (alumina) Aluminium oksida semula jadi, formula AI 2 O 3 , takat lebur 2030 o C, berbentuk tumbuhan dan haiwan berdasarkan pembedahan dan hirisan yang dilakukan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang berkenaan. (BIO) Ancylostoma (Ancylostoma) Lihat hookworm. (UBAT) ancylostomiasis (ankilostomiasis) Lihat hookworm infection. (UBAT) androconia (androkonia) Sisik sayap terubah suai yang mengeluarkan bau tarikan seks pada sesetengah serangga Lepidoptera jantan. (BIO) androconidium (androkonidium) Sel bak konidium yang berfungsi sebagai organ pembiakan (gamet) jantan, seperti pada kulat Ascomycetes

Kembali ke atas