Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hi] | تاهي

Definisi : 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengan­dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuang­kan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, kampur angin, Usnea spp.; ~ anjing = ~ asu = rumput ~ ayam sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, Argeratum conyzoides; ~ gigi sj tumbuhan (pokok kecil), menggading besar, mata gajah, kayu hantu, puding hutan, Miliosma nitida; ~ musang sj tumbuhan (pokok renek), mempulih, sepulih, Fagraea racemosa; rumput ~ babi sj tumbuhan (rumput), Adenostemma lavenia; rumput ~ kerbau a) sj tumbuhan (rumpai), Fimbristylis miliacea; b) sj ular, Coluber radiatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : ~ ayam sj ikan laut, Tachysurus thalassinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hi] | تاهي

Definisi : 1 hampas makanan yg keluar dr dlm perut manusia atau binatang me­lalui dubur: ~ ayam; ~ lembu. 2 berbagai-bagai benda yg dianggap sbg hampas (sisa, keladak, kotoran, karat dll): ~ mata; ~ bijih. 3 ki orang yg suka melakukan sesuatu: ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ judi orang yg suka bermain judi. ~ bintang benda bercahaya yg kelihatan di angkasa, yg bergerak dgn lajunya. ~ lalat a. bintik hitam pd kulit. b. bintik (-bintik) hitam pd pakaian. ~ minyak sisa drpd santan yg dimasak setelah minyaknya diperoleh; kerak minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahi (kata nama)
Bersinonim dengan najis, berak, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan.,

Puisi
 

Pinang muda atas ragian,
     Pinang tua beragi-ragi;
Kalau muda tahi gigian,
     Biar tua sekali-kali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.

Bermaksud :

Tidak bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
gunakan sebagai agen penyahwarnaan. (BIO) animal ecology (ekologi haiwan) Kajian tentang hubungan antara haiwan dengan sekitarannya. (BIO) animal manure (baja kandang) Baja organik yang berasal daripada haiwan ternakan seperti baja tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam. Najis tersebut biasanya dicampurkan dengan pa- sir dan kapur serta direputkan sehingga menjadi baja. (BIO) anisandrus (anisandrus) Kumbang Ambrosia kecil yang mengorek lubang ke dalam kayu

Kembali ke atas