Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : menampung 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, mena­dah­kan; ~ tangan bertadah amin (ketika ber­doa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, peneri­maan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-u­ruskan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1. perca kain dll yg digunakan utk mengganti (menyambungkan) bahagian kain yg sobek; 2. belang (pd kuda, lembu); badak ~ tenuk; bertampung berganti (tempat yg sobek) dgn kain lain, bertampal, bersambung (dgn kain lain): bajunya ~ tetapi bersih; menampung menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; ~ lantai mengganti papan lantai yg telah rosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ark; menampung menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : ; menampung 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. menampungkan menadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan mena­dahkan tangan (ketika berdoa). pe­nampungan perbuatan atau hal me­nampung; penadahan. penampung alat yg digunakan utk menampung: cawan ~ susu getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tam.pung] | تمڤوڠ

Definisi : 1 sesuatu spt perca kain dll yg digunakan utk menyambung bahagian kain yg koyak. 2 belang pd tubuh binatang, spt kuda, badak. ber­tampung bersambung dgn kain lain; bertampal: Bajunya ~. menampung menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
1. Isyarat atau fungsi yang terhasil akibat limpahan. 2. Nilai yang dimajukan ke tahap seterusnya akibat penambahan dua ang - ka yang menghasilkan nombor yang lebih besar daripada yang boleh di- tampung oleh kedudukan nombor. (KOM) carry bit (bit bawa) Sel dalam daftar taraf pemproses utama yang akan bernilai logik 1 jika ker- ja penambahan satu nombor kepada kandungan penumpuk menghasilkan bawaan

Kembali ke atas