Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bing] | تبيڠ

Definisi : pinggir sungai dll yg tinggi lagi curam, lereng (gunung, bukit, dll): ~ yg tinggi; berarak ke ~ prb orang yg berlumba-lumba melakukan sesuatu yg mendatangkan kecelakaan; menebing menyerupai tebing, berbentuk spt tebing (awan yg tinggi dan tebal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bing] | تبيڠ

Definisi : tepi atau pinggir sungai dll yg tinggi serta curam; lereng bukit atau lereng gunung: ~ sungai. menebing menyerupai tebing; berbentuk spt tebing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sungai mengalir di sepanjang dasarnya. (HID) canyon wind (angin ngarai) 1. Angin gunung yang bertiup di ngarai, iaitu angin aliran udara yang turun di ngarai pada waktu malam akibat penyejukan tebing ngarai. Cerun nga- rai yang curam boleh menyebabkan angin ngarai bertiup kencang. 2. Angin yang terubah suai kerana terpaksa melalui ngarai atau gaung. Ke- lajuannya boleh bertambah menjadi angin kesan index (indeks pemautsilangan) Nisbah bilangan unit ulangan yang terpaut silang terhadap molekul polimer primer yang dipuratakan untuk seluruh spesimen polimer. (KEJ) crosslot bracing (rembat silang) Rembat yang dipasang merentasi dua tebing tanah yang bersetentangan. Rem - bat ini bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan kedudukannya semasa aktiviti pengorekan sedang berjalan. (KEJ) crossover flange (bebibir rentas lampau) Bebibir perantara yang digunakan untuk menghubungkan atau

Kembali ke atas