Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ka/] | تکق

Definisi : 1. bahagian langit-langit yg lembut (di sebelah belakang mulut); 2. rongga kerong­kong; 3. ki rasa atau alat perasa (pd mulut); anak ~ anak lidah; kering ~ dahaga, haus; payau (langu) ~ tidak ada selera hendak makan; tidak sedap ~nya a) tidak sedap rasanya (makan­­an); b) tidak ada selera utk makan; umpan ~ makanan utk membangkitkan selera makan; bertekak ki bertengkar, berbalah, berbantah: bagaimana akan kita yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling ~ tanpa pokok yg hak; menekak seakan-akan melekat di tekak (rasa): manisnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka/] | تکق

Definisi : sl tidak mahu menurut kata, keras kepala, tegar hati, degil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ka/] | تکق

Definisi : 1 bahagian langit-langit yg lem­but di sebelah belakang mulut. 2 rongga kerongkongan. 3 ki rasa mulut; alat perasa dlm mulut: kering ~ dahaga; haus; payau ~ tidak berselera hendak makan. bertekak ki bertengkar; ber­­bantah. menekak seakan-akan melekat pd tekak (bkn rasa): Rasa pahit ubat itu masih ~. mempertekakkan men­jadikan sesuatu (perkara, hal dsb) sbg bahan bertekak: Apalah yg dipertekakkan ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekak (kata nama)
Bersinonim dengan kerongkong;
Kata Terbitan : bertekak,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang terdapat di sekitar tonsil. Duktus kelenjar ini biasanya tidak menuju krip sebaliknya menuju permukaan mukus. (BIO) tonsillar platina (platina tonsil) Organ limfa yang terdapat di bahagian atas atau anterior tekak. (BIO) tonsillectomy (tonsilektomi) Pembuangan tonsil secara pembedahan. (UBAT) tonsilloliths (tonsilolit) Batu karang dalam tonsil. (UBAT) tonsillotome (tonsilotom) Pisau yang digunakan dalam pembedahan untuk membuang tonsil. (UBAT) top dead center (pusat untuk menulis atur cara. 2. Himpunan perkataan yang terdapat dalam bahasa yang boleh digunakan oleh pengguna bahasa tersebut. (KOM) vocal cords (peti suara) Beberapa lapisan tonjolan yang terdapat di dalam tekak. Getaran lapisan terse- but akan menghasilkan suara. (BIO) voice encoder (pengekod suara) Peranti yang berfungsi mengekodkan isyarat suara ke dalam bentuk kod yang dapat diproses oleh komputer. (KOM) voice mail

Kembali ke atas