[te.kal] | تکل
Definisi : 1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2. sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd pendirian, pendapat, dll;ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.kal] | تکل
Definisi : 1 tidak berubah-ubah keadaannya; tetap; konsisten: Kaedah yg ~ digunakan demi menjaga kualiti keluaran. menekalkan menjaga atau mengusahakan supaya tekal. ketekalan keadaan atau hal tekal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)