Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilu­kai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanah­nya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : = telapa ark 1. bekas utk menyimpan sesuatu; 2. bekas drpd tembikar dll utk me­nyim­pan bau-bauan (gambir, tembakau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lap] | تلڤ

Definisi : 1 dpt menembusi (ttg senjata tajam, spt keris); makan; mempan. 2 dpt dilukai oleh senjata; lut: tiada ~ oleh senjata. 3 dpt dimasuki atau dpt diresapi air dll. menelap makan pd (ttg senjata); melukai; mencederakan. ketelapan keadaan atau sifat telap: Permukaan cerun itu sentiasa kering oleh sebab ~ batu-batannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telap (adjektif)
1. Bersinonim dengan serap: jerap, tembus, masuk, bobos,

2. Bersinonim dengan mempan: lut, telut, makan,
Berantonim dengan kebal.


Peribahasa

Seperti telap dengan tudungnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cembul dapat tutupnya, b. Bagai dulang dengan tudung saji, c. Cembul dengan tutupnya). telap (telepa) = tempat bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
berkemampuan menyerap air tetapi tidak meneruskan air dengan kadar yang cukup untuk menghasilkan bekalan yang ketara ke perigi atau mata air. (HID, KEJ) aquifuge (akuifug) Medium atau bahan yang tidak telap dan tidak berupaya menyimpan bekalan air. (BIO, HID, KEJ) aqua fortis aquifuge Kamus Sains.indb 97 7/8/08 11:46:30 AM 98 aquitard (akuitard) Formasi geologi yang agak crystalloid (kristaloid) Bahan yang membentuk hablur apabila larutannya disejat. Kristaloid juga merupakan bahan bukan koloid yang mempunyai berat molekul yang rendah. Kristaloid yang berada dalam larutan dapat menembusi membran separuh telap. (BIO) C-shear (ricih C) Ricih yang berlaku dalam rantai hablur lamela yang tergulung apabila perge- rakan berlaku selari dengan paksi rantai polimer. (KEJ) CSTR (CSTR) Singkatan bagi continuous stirred

Kembali ke atas