Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk A. (KEJ) after flow (aliran lanjur) Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tiada tindakan daya dari luar. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair ke- pada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan. (FIZ, KIM) after taste (rasa kesan) Baki rasa fibre (gentian argirofil) Gentian tisu retikulum yang boleh mengikat garam argentum yang diaruh ca - haya atau agen penurun, kemudian meninggalkan longgokan hitam argentum. (BIO) arheic (arheik) Perihal kawasan yang hampir tiada langsung saliran permukaan. (HID) ariboflavinosis (ariboflavinosis) Kekurangan vitamin riboflavin dalam makanan yang mencetuskan gejala se- perti keilosis glositis dan perubahan pada mata dan kornea. (UBAT) aril (aril) Bahagian lembut yang

Kembali ke atas