[ti.mah] | تيمه
Definisi : sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sbg sadur bagi besi dll); ~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan; ~ lanar timah yg berselaput dgn lanar; ~ putih kepingan besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut; dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.mah] | تيمه
Definisi : = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.mah] | تيمه
Definisi : logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)