Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1. arah tempat terbitnya matahari; ~ laut arah di antara timur dan utara; ~ meneng­gara = ~ tenggara = ~ padang arah di antara timur dan tenggara; angin ~ = angin timuran angin yg bertiup dr sebelah timur; bintang ~ bintang Zuhrah (Kejora); 2. Asia; bangsa (benua, orang) ~ bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; T~ Dekat negara-negara Asia yg hampir dgn benua Eropah (spt Turki dll); T~ Jauh negara-negara Asia yg terjauh dr benua Eropah (spt China, Jepun, dll); T~ Tengah negara-negara yg berhampiran dgn Terusan Suez (spt Mesir, Jordan, Syria, dll); ~ beralih ke sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; ketimuran yg berkaitan dgn bangsa atau benua Asia, bersifat dll Timur (Asia); adat (budi pekerti) ~ adat (budi pekerti) bangsa Asia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : kayu ~ kulit kayu yg dibuat ubat (drpd pokok Peltophorum petrocarpum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mur] | تيمور

Definisi : 1 arah tempat matahari terbit. 2 Asia: bangsa ~ bangsa Asia; orang ~ orang Asia. ~ Jauh negara-negara Asia yg letaknya jauh dr benua Eropah (spt Cina, Jepun). ~ laut arah di antara timur dgn utara. ~ menenggara (tenggara) arah di antara timur dgn tenggara. ~ Tengah negara-negara yg letaknya berdekatan dgn Terusan Suez (spt Arab Saudi, Jordan, Mesir, Syria). ketimuran keadaan atau hal yg berkaitan dgn bangsa Asia atau dgn benua Asia: adat ~ adat bangsa Asia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
antarctic circumpolar current (arus lingkar kutub antartik) Arus lautan deras yang membawa isi padu air yang besar (kira-kira 110 × 10 6 m 3 /saat), yang mengalir dari Barat ke Timur melalui lautan di sekitar benua Antartik. Lautan arus ini berubah mengikut taburan daratan dan lautan dan topografi dasar laut. (METEO) antarolium (antarolium) Pulvilus yang besar. (BIO) antartis (antartis) Sendi pangkal Angin baratan yang bertiup di kawasan troposfera di atas lapisan angin pasat daerah subtropika. Angin antipasat terbentuk dengan baik di hemisfera bumi yang mengalami musim sejuk, dan di atas batas Timur dari daerah tekanan tinggi subtropika. Semakin ke barat semakin tinggi dasarnya dan semakin kurang teratur penampilannya. (METEO) antitriptic wind (angin antitriptik) Angin yang kesan geseran atau kelikatan pusarnya melebihi kesan

Kembali ke atas