[tin] | تين
Definisi : 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tin] | تين
Definisi : sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tin] | تين
Definisi : 1 besi tipis yg berlapis timah; kaleng: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas makanan dll yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok. mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin (ttg buah-buahan, ikan dsb): Kerja-kerja ~ dan melabel dilakukan dgn mesin. mengetinkan menyimpan atau memasukkan sesuatu ke dlm tin supaya tahan lama: Buah-buahan itu ditinkan. ~ ikan. pengetinan proses (perbuatan, hal dsb) mengetin atau mengetinkan. pengetin syarikat, kilang dsb yg mengetinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)