Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.la/] | تولق

Definisi : 1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pem­berian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), ber­kom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala men­jauh­kan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepas­kan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, so­rong­­an; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampi­kan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) meno­lak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.la/] | تولق

Definisi : ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jum­lah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Tolak laju terus ke Pahang,
     Haluan menuju Kuala Parit;
Bagaimana hati tak sayang,
     Hartaku habis bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atur cara melalui saluran yang sama tetapi mengikut dua arah yang bertentangan. (KOM) bidirectional genes (gen dwiarah) Sepasang rangka bacaan terbuka, satu pada bebenang campur dan satu lagi pada bebenang tolak heliks ganda dua DNA yang sama dan bertindak pada sesetengah tempat. (BIO) biennial (bienial) Berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan yang melengkapkan kitar hidupnya dalam masa dua tahun. Episod pembiakan utama berlaku keyword-in-context (kata kunci dalam konteks) Kaedah pengindeksan maklumat yang mengatur kata atau rangkai kata yang dikehendaki bersama konteks sebenarnya dalam teks yang dicari. Singkatan KWIC. (KOM) kick-back (tolak keluar) Jumlah pengawet yang terkeluar semula dari dalam kayu yang telah diawet apabila tekanan diberhentikan. Jumlah ini biasanya berjulat antara 15% hingga 20% daripada jumlah pengawet yang telah masuk ke

Kembali ke atas