Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, me­nyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuba
Rujuk :racun

Puisi
 

Cik Akob mengayak besi,
     Mari tuba di Pulau Lalang;
Pujuklah dia hingga mati,
     Main muda alang kepalang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau terbelah pada permukaannya akibat tindakan proses pemesinan. (HUT) tornado (tornado/puting beliung) Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir sering kelihatan seperti awan corong atau tuba. Pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteks- nya yang berdiameter melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin tophus tornado tornado cloud torticollis Kamus Sains.indb 652 7

Kembali ke atas